Wednesday, August 24, 2011

Samsung Galaxy W, Galaxy Y, Galaxy M!!

Yup! Bukan 1 atau 2 Galaxy baru, tapi 3 Samsung Galaxy baru! Samsung baru saja memperkenalkan 3 lagi model dari keluarga Galaxy iaitu Galaxy W(kanan gambar), Galaxy M Pro(kiri gambar) dan Galaxy Y. Buat masa ini hanya diketahui bahawa Galaxy W mempunyai skrin 3.7-inci, skrin sesentuh WVGA, 1.4GHz CPU, dan sambungan 14.4 Mbps HDSPA. Galaxy Y dan Galaxy M akan menyusul dalam beberapa minggu ini.


Samsung bukan sahaja sekadar memberi nama secara rambang, tetapi mereka memperkenalkan cara baru untuk mengenal pasti setiap jenama Samsung Galaxy, iaitu dari S, R, Y, M, dan W. Berikut adalah takrifan bagi setiap jenama Galaxy:

Galaxy S : "Super Smart" >> Hanya untuk smartphone utama(flagship) Samsung
Galaxy R: "Royal/Refined" >> Combination of Power, Performance, and Productivity
Galaxy W: "Wonder" >> Berkualiti tinggi, seimbang antara 'style' dan 'performance'
Galaxy Y: "Young" >> Sesuai untuk remaja yang mementingkan gaya dan harga
Galaxy M: "Magical" >> High-performance model yang berpatutan harganya

Pro>> Tambahan QWERTY keyboard
Plus>> Upgrade dari smartphone terdahulu

Nampaknya Samsung sudah sedia untuk perang besar-besaran dalam pasaran smartphone bermula tahun ini. Kedudukan Apple, Nokia, BlackBerry dan yang lain pasti akan berubah dengan perang yang dimulakan Samsung ini. Menuju ke akhir tahun 2011 masing2 telah pun mula mengeluarkan 'flagship' mereka yang seterusnya. Yang pasti, september ini dimana pelancaran iPhone 5 pasti akan memuncakkan perang smartphone ini.

Sementara itu dari gambar diatas, Galaxy M Pro pasti akan menarik perhatian kipas-susah-mati BlackBerry kerana designnya yang seakan-akan Blackberry Bold dan Curve. Namun bagi GJ ini adalah satu persaingan yang sihat oleh Samsung. Lebih banyak smartphone yang dikeluarkan, maka lebih banyak pilihan yang boleh dibuat pengguna. May the best phone win!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host