Belum habis lagi demam Samsung Galaxy S II kat Malaysia, Galaxy R pulak akan datang menyerang di asia. Samsung telah membuat kenyataan rasmi bahawa famili terbaru Galaxy ini akan ke pasaran asia dan eropah, namun tarikh rasmi pelancarannya masih belum diketahui. So, setakat ini yang pastinya memang Galaxy R akan ke pasaran asia dan tentulah termasuk Malaysia.
Pada peminat Samsung yang berura-ura mahu memiliki Galaxy S II semestinya berfikir 20 kali sebelum membuat keputusan. Kerana famili baru Galaxy ini didatangkan dengan spesifikasi yang agak hebat iaitu didatangkan dengan 1GHz Tegra 2 CPU, a 4.2-inci WVGA (800 x 480) Super Clear LCD, camera 5MP / 2MP. Ia juga diiringi dengan perisian Android ter baru Gingerbread.
Namun tidak seperti Samsung Galaxy S II, Galaxy R tidak memiliki skrin Super AMOLED plus sebaliknya didatangkan dengan skrin 4.2-inci Super Clear LCD seperti Galaxy SL i9003. Namun skrin Super Clear LCD ini juga tidak kurang hebatnya berbanding AMOLED
Galaxy R juga dikenali sebagai Galaxy Z di Sweden. Pada pendapat GadgetJom(Jom) adalah mengelirukan untuk Samsung menggunakan 2 nama yang berlainan untuk smartphone yang sama. Namun ini mungkin disebabkan strategi pemasaran oleh Samsung sendiri. Kemungkinan BESAR Galaxy R adalah lebih murah berbanding Galaxy S II.
p/s: more Galaxy family after this perhaps?
Wednesday, August 17, 2011
mr green

1 comments:
phone ni 1 slack.. takde Gorilla Glass..huhu
Post a Comment