Thursday, August 18, 2011

BlackBerry Bold 9900 review!




Ini adalah pertama kali GJ buat review untuk phone BlackBerry. Mungkin x lah terlalu lambat untuk GJ buat review BlackBerry Bold 9900 yang menjadi kebangaan banyak pemilik Bold 990 sekarang.
Apa yang kami dapat lihat tentang 9900 bila sekali imbas, design nye xlah berbeza sangat berbanding Bold yg sebelumnya. Dengan keyboard Qwerty s

eperti biasa, 9900 tampil lebih kemas dan kukuh dengan rim di sekelilingnya seperti yang terdapat di iPhone 4. 9900 tidak lebih sekadar Bold sebelumnya cuma skrin nya telah dipertingkatkan dengan capacitive skrin yang sangat terang dan cantik setanding dengan mana-mana smartphone di pasaran sekarang.

Selain dari design dan skrinnya yang berubah, di dalamnya juga terdapat perubahan dimana memiliki 1.2 GHz CPU, 768 MB RAM, GPU , HSPA+, dan NFC support.


Tak dinafikan 9900 lebih nipis dan lebih laju berbanding Bold sebelum ini, namun mungkin spesifikasi ini tak dapat menarik pelanggan yang sudah biasa menggunakan smartphone yang berskrin besar seperti iPhone, Samsung, HTC atau Sony Ericsson. Namun bagi yang gilakan jenama BlackBerry spesifikasi ini sudah cukup memuaskan bagi mereka.
9900 juga menggunakan perisian baru BlackBerry iaitu BlackBerry 7 OS. Namun bagi GJ yang dah biasa menggunakan skrin besar seperti Samsung Galaxy, skrin nya yang terlalu kecil walaupun 'responsive' tak dapat memberi kepuasan berbanding screen 4-inci Samsung. Namun jika anda berminat juga dengan BlackBerry tapi mahukan skrin yang juga besar anda mungkin boleh dapatkan BlackBerry Torch 9850!
Oh ya, bagi peminat Fabregas mungkin anda perlu consider untuk dapatkan Bold 9900 lepas tengok tweet dari Fabregas ni..

p/s: "Once a gunner always a gunner"-Fabregas 2011

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host