Kami pasti penggemar smartphone Android mesti pernah mendengar jenama Samsung Galaxy kan? Sekarang Samsung mula memperkenalkan keluarga baru galaxy iaitu Samsung Galaxy S II. Samsung Galaxy S II merupakan 'abang' kepada Galaxy S generasi pertama, dengan skrin sesentuh gergasi 4.3 inci dan disertakan dengan skrin AMOLED Plus yang merupakan salah satu faktor besar kejayaan smartphone ini.


Yang pasti Galaxy S II yang lebih ringan dan nipis ini pasti akan menyambung kejayaan yang telah dikecapi oleh 'adik' nya iaitu Galaxy S generasi pertama. Telahpun dilancarkan di Malaysia dengan harga RM2100 untuk original set. Namun penggemar smartphone ini pasti boleh mendapatkan harga yang lebih rendah untuk smartphone ini berbanding harga rasminya.

Samsung Galaxy S II juga mempunyai bahagian belakang yang sangat mudah dan selesa untuk dipegang berbanding dengan Galaxy S yang sebelumnya. Dengan disertakan 8.0 megapixel camera dan 1.2GHz ARMv7 dual-core Application Processor tidak pelik jika smartphone Galaxy S II mampu menandingi populariti pesaing terdekatnya iaitu iPhone 4. Tapi jangan lupa iPhone 5 juga di jangka keluar september tahun ini...
Untuk maklumat penuh tentang smartphone ini, Samsung semestinya memudahkan penggunanya. (Samsung's info)
p/s: apa pendapat anda tentang smartphone ini?
Wednesday, August 17, 2011
mr green


0 comments:
Post a Comment