Wednesday, August 24, 2011

Android Menguasai Dunia OS!

    Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa OS(operating system) yang paling banyak digunakan oleh pengguna smartphone pada hari ini adalah Android dan bukan iOS(apple) seperti sebelum ini! Android sudahpun menguasai dunia smartphone dengan mengatasi iOS sejak 8 bulan yang lepas dan semakin meningkat.
   
 
     Pada Mac 2010 Android hanya memegang sebanyak 6% pasaran smartphone, namun penguasaanya meningkat sehingga 54% pada Jun 2011. Sekaligus memintas iOS sebagai OS paling banyak digunakan. Trend peningkatan penggunaan Android tidak berhenti setakat itu dimana pada Julai 2011 pasarannya meningkat lagi sehingga 61%. Ini pasti tamparan hebat buat iOS yang sebelum ini memegang pasaran smartphone. 

    Tetapi perlu diingat bahawa iOS hanyalah digunakan untuk satu jenis smartphone sahaja iaitu iPhone. Sebaliknya dengan Android yang menjadi OS untuk kebanyakan smartphone sekarang seperti Samsung, HTC, Sony Ericsson dan lain2. 

    Jumlah aplikasi yang di download juga memihak kepada perisian Android dimana Android menguasai 48% daripada jumlah kesuluruhan aplikasi yang disediakan oleh perisian masing-masing. Kedudukan carta ini mungkin berubah apabila app store milik Windows 8 dilancarkan kelak.

p/s: playing samurai vengeance 2 for android, nice graphic

Samsung Galaxy W, Galaxy Y, Galaxy M!!

Yup! Bukan 1 atau 2 Galaxy baru, tapi 3 Samsung Galaxy baru! Samsung baru saja memperkenalkan 3 lagi model dari keluarga Galaxy iaitu Galaxy W(kanan gambar), Galaxy M Pro(kiri gambar) dan Galaxy Y. Buat masa ini hanya diketahui bahawa Galaxy W mempunyai skrin 3.7-inci, skrin sesentuh WVGA, 1.4GHz CPU, dan sambungan 14.4 Mbps HDSPA. Galaxy Y dan Galaxy M akan menyusul dalam beberapa minggu ini.

Samsung bukan sahaja sekadar memberi nama secara rambang, tetapi mereka memperkenalkan cara baru untuk mengenal pasti setiap jenama Samsung Galaxy, iaitu dari S, R, Y, M, dan W. Berikut adalah takrifan bagi setiap jenama Galaxy:

Galaxy S : "Super Smart" >> Hanya untuk smartphone utama(flagship) Samsung
Galaxy R: "Royal/Refined" >> Combination of Power, Performance, and Productivity
Galaxy W: "Wonder" >> Berkualiti tinggi, seimbang antara 'style' dan 'performance'
Galaxy Y: "Young" >> Sesuai untuk remaja yang mementingkan gaya dan harga
Galaxy M: "Magical" >> High-performance model yang berpatutan harganya

Pro>> Tambahan QWERTY keyboard
Plus>> Upgrade dari smartphone terdahulu

Nampaknya Samsung sudah sedia untuk perang besar-besaran dalam pasaran smartphone bermula tahun ini. Kedudukan Apple, Nokia, BlackBerry dan yang lain pasti akan berubah dengan perang yang dimulakan Samsung ini. Menuju ke akhir tahun 2011 masing2 telah pun mula mengeluarkan 'flagship' mereka yang seterusnya. Yang pasti, september ini dimana pelancaran iPhone 5 pasti akan memuncakkan perang smartphone ini.

Sementara itu dari gambar diatas, Galaxy M Pro pasti akan menarik perhatian kipas-susah-mati BlackBerry kerana designnya yang seakan-akan Blackberry Bold dan Curve. Namun bagi GJ ini adalah satu persaingan yang sihat oleh Samsung. Lebih banyak smartphone yang dikeluarkan, maka lebih banyak pilihan yang boleh dibuat pengguna. May the best phone win!


Tuesday, August 23, 2011

DSLR Sony A77 24 megapixel! [leak]

Kepada photographer yang lebih prefer SONY berbanding Nikon atau Canon dll, berita gembira untuk anda kerana SONY Alpha baru akan dikeluarkan dengan nama Sony A77. Camera ini yang mempunyai 24 megapixel dikatakan akan mempunyai harga rm4500++ untuk body sahaja. Didatangkan dengan sensor Exmor HD CMOS, camera ini mempunyai ISO range antara 100-16000 dan shutter speed selaju 1/8000.
Juga terdapar khabar angin menyatakan A77 mempunyai sehingga 19 point AF dan mempunyai keupayaan mengambil gambar hingga 12Fps. Khabar angin juga mengatakan ia
dilengkapi skrin TrueBlack 921k dan OLED viewfinder! Walaubagaimanapun ianya hanyalah khabar angin, yang mungkin dimulakan oleh SONY sendiri sebagai strategi pemasaran.
Sony A77 dijangka keluar pada bulan Ogos ini. So, just tunggu Ogos ni untuk lihat sama ada rumor ini benar atau tidak.

p/s: am a Nikon boy, but still seeing Sony as a potential next DSLR

BlackBerry Curve 9360 Baru dilancarkan!


Baru saja BlackBerry Torch dan Bold dilancarkan beberapa minggu sebelum ni, nampaknya BB Curve juga inginkan sesuatu yang baru. Kepada peminat BB Curve, RIM baru saja melancarkan BB Curve 9360 baru untuk kipas-susah-mati BB Curve.
BB Curve ini dijangka akan mempunyai harga yang jauh lebih murah berbanding keluarga terdekatnya iaitu BB Bold. Ini berdasarkan spesifikasinya yang agak rendah berbanding BB Bold. Menggunakan 800MHz processor berbanding 1.2 GHz milik Bold dan juga tidak mempunyai skrin-sesentuh. Tetapi, jangan di pandang rendah 'upgrade' yang telah diperolehi Curve kerana ia juga menyokong BB7 dan kamera 5 Megapixel.
Dari perspektif design, sudah tentu tidak banyak berubah bagi sebuah BB Curve yang menjadikannya sebuah BlackBerry. Namun BB Curve kali ini lebih kemas dan elegan berbanding Curve yang lepas. Persoalannya, adakah BB Curve ni mampu untuk meneruskan jualan Curve sebelum ini yang merupakan antara BlackBerry yang paling laris??

Thursday, August 18, 2011

PS3 di US turun harga kepada $250(RM745)!!


Berita baik buat kipas-susah-mati PlayStation! SONY dah pun turunkan harga konsol PS3 di US dan Eropah. Di US harga rasmi PS3 sekarang adalah hanya $250 iaitu RM 745 jika di convertkan kepada RM(Aug 2011) dan €250 untuk pasaran Eropah.
Ini sebenarnya bukanlah perkara yang mengejutkan kerana perkara sebegini pernah berlaku kepada PS2. Ini mungkin adalah satu strategi pemasaran yang baik bagi SONY atau mungkin juga ini berlaku disebabkan tarikh pengenalan PS4 sudah semakin hampir??

Sony juga baru-baru ini telah memperkenalkan PSP berbujet rendah dengan harga $140(RM417) selepas pengenalan model PSP baru iaitu PSVita. PSP ini dikenali dengan nama PSP E-1000. Namun PSP ini tidak di sertakan dengan keupayaan Wi-fi. Tapi, bagi GJ Wi-fi tak begitu penting untuk PSP sebenarnya jika dibandingkan dengan smartphone. Jadi ini bukanlah satu kekurangan yang besar buat peminat PSP.

Sudah pasti harga di pasaran US ini akan membawa kesan pada pasaran di Malaysia juga. Tidak mustahil jika harga PS3 di Malaysia turun sehingga RM800 pada bulan-bulan yang akan datang.

p/s: GJ masih ingat lagi angkut PS3 dengan harga rm3000++ dari Jepun 5 tahun lepas.LOL

Windows 8 akan ada 'App Store' sendiri!

Windows Store, yup mungkin itulah nama yang mungkin digunakan untuk 'app store' Microsoft Windows 8. Windows 8 yang dijangka akan keluar pada tahun 2012 nampaknya akan mempunyai applikasinya sendiri seperti yang terdapat dalam OS yang lain seperti Apple(App Store), Android(Android Market) dan BlackBerry(App World).
Pengenalan Windows 8 beberapa bulan yang lepas memang mengejutkan dan menarik minat pengguna sedia ada Windows apabila WIndows 8 mencipta revolusi baru dengan memiliki 'interface' yang sangat berbeza berbanding Windows2 terdahulu dengan mengutamakan penggunaan skrin sesentuh berbanding 'mouse'. Tapi yang lebih menarik menyusul dengan Windows 8 memiliki 'app store' nya sendiri. Ini pasti akan memberi saingan yang hebat kepada perisian Mac oleh Apple.

Sumber ini didapati dari Steven Sinofsky yang merupakan salah satu dari team Building Windows 8 di blog MSDN .

p/s: bayangkan bermain Angry Birds di Skrin 29-inci Windows 8. Massive!!

DOTA 2 out for test! [screenshot+video]



Akhirnya Dota 2(kerjasama Ice Frog dan Valve) keluar jugak untuk tatapan umum. Bagi penggila Dota@Defence of The Ancient, pasti x sabar nak test game ni. Tapi game ni masih lagi belum dikeluarkan untuk public... Ianya masih dicuba oleh team pro Dota untuk menguji gameplay game ini..
Waiting screen dari Kunkka juga telah dipamerkan oleh Valve. Kunkka yang sememangnya popular dikalangan pemain Dota dengan lukisannya kembali untuk Dota 2. Sekaligus menaikkan populariti Dota 2 jika dibandingkan dengan LOL(League of Legend) dan HoN(Heroes of Newearth).
Gambar kat atas ni pulak hero Doom Bringer di kawasan atas sungai sentinel. Sekali imbas graphic Dota 2 lebih detail dan kemas berbanding LoL dan Hon dimana graphic LoL lebih kepada gaya kartun manakala HoN pula terlalu serabut dan tidak kemas. Apa-apa pun kalau nak pastikan yang mana lagi best kena lah main ketiga-tiga game tersebut...kan? Apa-apapun GJ lebih prefer Dota 2 kerana Dota 2 lah satu2 nya game Dota(selain Dota 1) yang ada hasil kerja pencipta asal Dota iaitu IceFrog.
Ini pulak trailer untuk Dota 2:


Gameplay:



Namun agak mengecewakan bagi GJ kerana peminat Dota sudah berpecah kepada 3 iaitu LoL, HoN dan DotA 2. Apa-apa pun maythe best win..

Spesification for Dota 2:

Dota 2 system Requirement
Operating System: Windows XP®, Windows 7®, Windows Vista®
Processor: Intel Dual Core 2.26 GHz or AMD Athlon equivalent
RAM: 1.0 GB Ram
Hard Disk: 5GB
Video Memory: Nvidia GeForce 8800 GT or Ati Radeon 3870 HD with 512MB memory.
DVD-Rom drive.
BroadBand Internet Connection.
Steam must be installed.
DirectX 9.0c

p/s: sape2 yang rase spec xcukup sila upgrade yep =p

BlackBerry Bold 9900 review!




Ini adalah pertama kali GJ buat review untuk phone BlackBerry. Mungkin x lah terlalu lambat untuk GJ buat review BlackBerry Bold 9900 yang menjadi kebangaan banyak pemilik Bold 990 sekarang.
Apa yang kami dapat lihat tentang 9900 bila sekali imbas, design nye xlah berbeza sangat berbanding Bold yg sebelumnya. Dengan keyboard Qwerty s

eperti biasa, 9900 tampil lebih kemas dan kukuh dengan rim di sekelilingnya seperti yang terdapat di iPhone 4. 9900 tidak lebih sekadar Bold sebelumnya cuma skrin nya telah dipertingkatkan dengan capacitive skrin yang sangat terang dan cantik setanding dengan mana-mana smartphone di pasaran sekarang.

Selain dari design dan skrinnya yang berubah, di dalamnya juga terdapat perubahan dimana memiliki 1.2 GHz CPU, 768 MB RAM, GPU , HSPA+, dan NFC support.


Tak dinafikan 9900 lebih nipis dan lebih laju berbanding Bold sebelum ini, namun mungkin spesifikasi ini tak dapat menarik pelanggan yang sudah biasa menggunakan smartphone yang berskrin besar seperti iPhone, Samsung, HTC atau Sony Ericsson. Namun bagi yang gilakan jenama BlackBerry spesifikasi ini sudah cukup memuaskan bagi mereka.
9900 juga menggunakan perisian baru BlackBerry iaitu BlackBerry 7 OS. Namun bagi GJ yang dah biasa menggunakan skrin besar seperti Samsung Galaxy, skrin nya yang terlalu kecil walaupun 'responsive' tak dapat memberi kepuasan berbanding screen 4-inci Samsung. Namun jika anda berminat juga dengan BlackBerry tapi mahukan skrin yang juga besar anda mungkin boleh dapatkan BlackBerry Torch 9850!
Oh ya, bagi peminat Fabregas mungkin anda perlu consider untuk dapatkan Bold 9900 lepas tengok tweet dari Fabregas ni..

p/s: "Once a gunner always a gunner"-Fabregas 2011

Wednesday, August 17, 2011

Tablet Lenovo LePad A1-07 sudah dilancarkan di China!




Nampaknya tablet yang ditunggu-tunggu oleh fans Lenovo dah pun membuat penampilan sulung di China! Lenovo yang selama ini mengambil sikap berhsia akhirnya membuat keputusan untuk melancarkan Lenovo LePad A1-07 di China terlebih dahulu sebelum ke pasaran Eropah. Ini mungkin adalah satu langkah yang bujak dibuat oleh Lenovo dengan memasarkannya ke China terlebih dahulu bagi meningkatkan populariti jenama Lenovo di China yang agak rendah berbanding jenama lain seperti Apple dan Samsung.

Tablet ini didatangkan dengan resolusi 1024 x 600, skrin 7-inci, dan slot untuk microSD. Ia juga menggunakan 1GHz TI OMAP3622 processor, 512MB RAM, memori dalaman 16GB, kamera depan dan belakang dan juga micro-usb port.
Tapi sayang sekali, tablet ini tidak didatangkan dengan Android Honeycom, sebaliknya diberikan perisian 2.3 iaitu Gigerbread. Ini adlah satu disadvantage bagi pengguna tablet ini

.

Photovine App untuk iPhone


Aplikasi iPhone iaitu Photovine nampaknya dah pun terbuka untuk semua di App Store. Photovine merupakan satu social network yang mengutamakan gambar sebagai medium untuk pengguna berinteraksi. Dengan menggunakan Photovine, pengguna di seluruh dunia dengan mudah boleh berkongsi gambar yang mereka miliki dengan berjuta orang di pelusuk dunia. Pengguna juga boleh memberikan komen pada gambar-gambar yang mereka lihat.
Selepas melalui proses percubaan(beta) Photovine akhirnya terbuka untuk semua secara percuma di App Store. Oleh itu Jom cadangkan bagi pengguna iPhone untuk ke App Store dan dapatkan Photovine secara percuma! Aplikasi ini sangat sesuai untuk kaki photography yang suka berkongsi gambar yang mereka ambil.
Oh ya, kalau anda mempunyai akaun Twitter atau Facebook anda juga boleh 'import friends' dari akaun anda. Selamat berPhotovine to iPhone users!


Samsung Galaxy R akan ke asia [official](+video)




Belum habis lagi demam Samsung Galaxy S II kat Malaysia, Galaxy R pulak akan datang menyerang di asia. Samsung telah membuat kenyataan rasmi bahawa famili terbaru Galaxy ini akan ke pasaran asia dan eropah, namun tarikh rasmi pelancarannya masih belum diketahui. So, setakat ini yang pastinya memang Galaxy R akan ke pasaran asia dan tentulah termasuk Malaysia.

Pada peminat Samsung yang berura-ura mahu memiliki Galaxy S II semestinya berfikir 20 kali sebelum membuat keputusan. Kerana famili baru Galaxy ini didatangkan dengan spesifikasi yang agak hebat iaitu didatangkan dengan 1GHz Tegra 2 CPU, a 4.2-inci WVGA (800 x 480) Super Clear LCD, camera 5MP / 2MP. Ia juga diiringi dengan perisian Android ter baru Gingerbread.



Namun tidak seperti Samsung Galaxy S II, Galaxy R tidak memiliki skrin Super AMOLED plus sebaliknya didatangkan dengan skrin 4.2-inci Super Clear LCD seperti Galaxy SL i9003. Namun skrin Super Clear LCD ini juga tidak kurang hebatnya berbanding AMOLED

Galaxy R juga dikenali sebagai Galaxy Z di Sweden. Pada pendapat GadgetJom(Jom) adalah mengelirukan untuk Samsung menggunakan 2 nama yang berlainan untuk smartphone yang sama. Namun ini mungkin disebabkan strategi pemasaran oleh Samsung sendiri. Kemungkinan BESAR Galaxy R adalah lebih murah berbanding Galaxy S II.

p/s: more Galaxy family after this perhaps?

Samsung Galaxy S II



Kami pasti penggemar smartphone Android mesti pernah mendengar jenama Samsung Galaxy kan? Sekarang Samsung mula memperkenalkan keluarga baru galaxy iaitu Samsung Galaxy S II. Samsung Galaxy S II merupakan 'abang' kepada Galaxy S generasi pertama, dengan skrin sesentuh gergasi 4.3 inci dan disertakan dengan skrin AMOLED Plus yang merupakan salah satu faktor besar kejayaan smartphone ini.

Yang pasti Galaxy S II yang lebih ringan dan nipis ini pasti akan menyambung kejayaan yang telah dikecapi oleh 'adik' nya iaitu Galaxy S generasi pertama. Telahpun dilancarkan di Malaysia dengan harga RM2100 untuk original set. Namun penggemar smartphone ini pasti boleh mendapatkan harga yang lebih rendah untuk smartphone ini berbanding harga rasminya.
Samsung Galaxy S II juga mempunyai bahagian belakang yang sangat mudah dan selesa untuk dipegang berbanding dengan Galaxy S yang sebelumnya. Dengan disertakan 8.0 megapixel camera dan 1.2GHz ARMv7 dual-core Application Processor tidak pelik jika smartphone Galaxy S II mampu menandingi populariti pesaing terdekatnya iaitu iPhone 4. Tapi jangan lupa iPhone 5 juga di jangka keluar september tahun ini...

Untuk maklumat penuh tentang smartphone ini, Samsung semestinya memudahkan penggunanya. (Samsung's info)

p/s: apa pendapat anda tentang smartphone ini?

Tuesday, August 16, 2011

Firefox 6 Dilancarkan!!

Firefox 6.0 telah dilancarkan secara rasminya pada 16 Ogos 2011 baru-baru ini. Mozilla iaitu syarikat yg bertanggungjawab membina Firefox mengatakan bahawa web browser ini lebih pantas dan senang untuk digunakan oleh pengguna. Pengguna Firefox pastinya gembira dengan pelancaran 3 firefox 'update' dalam 5 bulan ini dan ini adalah yang terkini.

Mozilla Firefox 6 juga telah sedia untuk di download kepada pengguna. Kepada penggemar web browser Firefox boleh lah ke link ini untuk download version terbaru Firefox 6.

PS Vita gettin Skype??

Good news for PS Vita fanboy. Kemungkinan besar app Skype boleh digunakan di PS Vita. Compare with previous PSP yang xde camera ini adalah satu berita yg cool & boleh naikkan market PS Vita yang akan di-launch-kan pada awal 2012

So xde lah korang asyik main game je sampai x berinteraksi dengan dunia luar. Dengan adenyer skype kat PS Vita ni, pas bantai GodOfWar(i hope so) boleh la webcam ngan member2 brag about new level unlocked..Duhh


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host